Friday 26 July 2013

Jodohku Mahdzan Misri...

tahniah semua naik sarjan ... yg tgh tu lah bakal suami ku..mahdzan..
Haaa.... alhamdulliah aku terlah bertemu dengan jodohku,... tunggu masa jer kami akan disatukan.... setelah sekian lama, akhirnya pada usiaku yg dah 33 ni (tua ke aku) ehhehe .. aku terjumpa mamat ni dalam facebook...setelah setahun kami berkenalan akhirnya, dia membuat keputusan untuk mengambil aku sebagai bakal isterinya.....

kelakar betul dari gurau2 dalam fb, akhirnya dia jodohku.. syukur alhamdullillah.. walaupun kami berjauhan sebab bakal laki aku ni asokar hahaha...baru dpt sarjan.. tanggungjawab dia pun makin berat.. aku kena faham tugas dia ni,,ee tak kisahkah janji kita tahu tanggungjawab dan apa yg kita buat...

selain iitu, dia ni aktif berbasikal..emmm atlet ATM hahahahha.... tulah adik aku kawin dgn org minang, aku nak kawin dgn org jowo eloklah sgt tu ahhahahaha.....

mamat ni muda pada aku 2 tahun.. maknanya umur dia 31.. masa kenal dia, masih koperal lagi.. pada bulan ramadhan tahun 2013, dia dah naik jadi sarjan dan skg berkhidnat di kem sg buloh...sblum ni dia sg besi.. dari besi pi buloh ehehehhe...:))
masa ni koperal pd lagi ehehe
Masuk lumbe beskal kat bagan datoh eheheheh monang pakcik niee


Aku harap perkahwinan kami kekal ke akhir hayat.. doakan kebahagian kami..... KITA BERKENALAN HANYA DALAM LAMAN MUKA BUKU, KAU TERUS DTG KE RUMAHKU JUMPA IBU BAPAKU WOOHOO HUOOO WOOOO.. AHHAHAHAHH:)) CINTA MUKA BUKU,,,

aku tahu dia dah putus tunang tahun 2010. puncanya tunang dia ikot lelaki lain,.. eeemmm dah takde jodoh nak wat camner.. insya allah baby akan cuba jadi isteri yg baik utk sayang....I LOVE U SO MUCH MAHDZAN MISRI.. (Jowo neng) ehheheheh:))

Assalamualaikum

dah lama aku tak update blog aku ni.. mcam2 hal yang aku alami... mak aku operate mata dan tak sihat.. banyak aku bagi perhatian kat family aku.. Alhamdullillah bertemu kita di bulan ramadhan pada tahun 2013.. tak lama lagi kita semua nak berhari raya..

tahun ni mungkin aku tak balik penang.. aku org penang.. kedah dan perak ada sedara mara fmily aku...
ape pun pasti ibu2 semua sedang sibuk menyiapkan persiapan hari raya utk anak dan suami ,, ewah....

kebelakangan ni jugak aku selalu sakit dada.. dah pg buat xray harini 26 julai 2013.. mungkin aku jugak ada asma agaknya...selalu batuk dan sakit dada.. buat pertama kali dalam hidup aku masuk gas.. tak pernah aku masuk gas hehehe... mmg kelakar.. tapi demi kesihatan aku terima semuanya..
bayaran yg dikenakan RM133. biasalah klinik berbayor ni kan.. eehhehe...

so skg aku lepak2 kat umah dan kerja mcm biasa.. skg aku dah kerja bahagian research.. emmm aku dah tukar ke sana, skg ni mana2 pon koje semua sama bznya...

Thursday 17 May 2012

nilah yg aku alami sekarang


Pengenalan
Sakit tapak dan tumit kaki ini sering berlaku di kalangan ahli sukan dan orang yang berumur 40 atau 50 tahun ke atas.  Seseorang itu tidak tahu puncanya. Tiba-tiba bila bangkit dari tidur atau dari tempat duduk, dan mula berjalan, sakitnya bagai dihiris pisau. Bila sudah lama berjalan sakitnya semakin lama semakin hilang.
Apa ada di tapak kaki dan tumit
Di dalam tapak kaki terdapat banyak urat-urat yang menggerakkan jari-jari kaki.Di dalam tapak dan tumit terdapat juga Plantar Fascia (=plan-ta, fa-sia)
Apa itu Plantar Fascia
Ia sejenis urat juga. Nipis, kuat dan keras. Warna keputihan. Biasanya ia bertindak seperti ‘pembalut plastik’ yang membalut urat-urat, saluran darah dan saraf-saraf. Urat ini melekat di tumit dan merentasi sehingga ke jari-jari kaki.
Kenapa tapak kaki ini mejadi sakit?
Ia sakit disebabkan oleh urat Plantar Fascia menjadi radang (inflammed). Ini dikenali sebagai Plantar Fasciitis (Plan=ta, Fas=sai=tis). Amnya ia disebabkan oleh kegunaan  tapak kaki secara berlebihan dan membuatkan Plantar fascia menjadi tegang.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Plantar Faciitis.
  • Senaman yang berlebihan
  • Radang sendi (arthritis) yang berdekatan dengan Plantar Fascia
  • Kencing manis senang merosakkan Plantar Facia
  • Memakai kasut yang tidak sesuai semasa senaman atau berjalan. Ia membuatkan berat badan tidak tersebar dengan sama rata di bahagian kaki.
  • Bentuk tapak kaki yang datar (flat foot), tapak kaki terlampau melengkung atau gaya berjalan yang tidak normal boleh membuatkan Plantar Fascia menjadi tegang.
  • Obesiti
  • Mengandung
Rawatan
Bila seseorang mengalami gejala seperti ini,
  1. Rehatkan kaki sebanyak mungkin. Hindarkan berdiri atau berjalan tanpa sebab. Duduk jika ada peluang. Cara ini mengurangkan beban kepada kaki dan meredakan radang kepada Plantar Fascia.
  2. Bila bangkit dari tidur, sebelum mula berjalan, tegangkan tapak kaki 15-20 saat untuk 3 atau 4 kali. Memang terasa sakit sewaktu melakukan tersebut tetapi kurang rasa sakit bila mula berjalan.
  3. Meletakkan bungkusan ais dengan kain di tempat yang sakit selama 15 hingga 20 minit untuk 3 atau 4 kali sehari atau selepas aktiviti boleh meredakan kesakitan dan radang Plantar Fascia. Boleh juga dengan menggunakan botol air dari peti sejuk.
  4. Berjogging boleh digantikan dengan berenang atau berbasikal sebagai senaman.
  5. Penyokong tapak kaki boleh digunakan di dalam kasut untuk menghindarkan Plantar Fascia menjadi tegang sewaktu berlari atau berjalan.
6.  Ubat anti-radang untuk menghilangkan sakit biasanya diberi juga oleh doktor.
7.  Jika tiada perubahan biasanya doktor pakar akan memberi suntikan di tapak kaki.
Kesan sampingan jika dibiarkan
  1. Badan dan sendi akan mengalami sakit yang berpanjangan disebabkan oleh kesan berjalan yang tidak normal kerana sakit di tapak kaki.
  2. Heel Spur (=hil spe) – mendapan kalsium di bahagian Plantar Fascia yang radang membuatkan ia menjad bonjolan tulang yang keras. 70% dari kalangan Plantar Fasciitis mengalami atau terdapat heel spur. Ia tidak menyakitkan melainkan ia tertekan ke atas Plantar Fascia.

Tuesday 15 May 2012

kakiku kiuk

mcm nilah keadaannya kalau kaki aku sakit.. setakat ni aku ada bandage kaki sebanyak 4 psg.. senang aku nak pergi mana2 dan pakai silih berganti...

Saturday 12 May 2012

sabtu yang letih

org lain keje 5 hari seminggu.. aku keje 6 hari.. huhuhu bukan nak dapat anugerah ke aper ker.. mmg kerja aku melambak eeeeeeeemmmm...tulah kalau nak diikutkan kerja sampai mati pun tak habis..

Wednesday 9 May 2012

tanganku yang sakit

mcm nilah tgn aku bila sakit. bengkak, sembab, nyilu semuanya ada. aku beli semua bandage tangan, kaki, lutut, pembalut, koyok dan segalanya.....dah lama tgn kanan aku tak sakit, ni sakit balik.. mmg kene operate tapi tulah.... buat masa ni aku tak mampu...sabar jelah.....