Thursday, 17 May 2012

nilah yg aku alami sekarang


Pengenalan
Sakit tapak dan tumit kaki ini sering berlaku di kalangan ahli sukan dan orang yang berumur 40 atau 50 tahun ke atas.  Seseorang itu tidak tahu puncanya. Tiba-tiba bila bangkit dari tidur atau dari tempat duduk, dan mula berjalan, sakitnya bagai dihiris pisau. Bila sudah lama berjalan sakitnya semakin lama semakin hilang.
Apa ada di tapak kaki dan tumit
Di dalam tapak kaki terdapat banyak urat-urat yang menggerakkan jari-jari kaki.Di dalam tapak dan tumit terdapat juga Plantar Fascia (=plan-ta, fa-sia)
Apa itu Plantar Fascia
Ia sejenis urat juga. Nipis, kuat dan keras. Warna keputihan. Biasanya ia bertindak seperti ‘pembalut plastik’ yang membalut urat-urat, saluran darah dan saraf-saraf. Urat ini melekat di tumit dan merentasi sehingga ke jari-jari kaki.
Kenapa tapak kaki ini mejadi sakit?
Ia sakit disebabkan oleh urat Plantar Fascia menjadi radang (inflammed). Ini dikenali sebagai Plantar Fasciitis (Plan=ta, Fas=sai=tis). Amnya ia disebabkan oleh kegunaan  tapak kaki secara berlebihan dan membuatkan Plantar fascia menjadi tegang.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Plantar Faciitis.
  • Senaman yang berlebihan
  • Radang sendi (arthritis) yang berdekatan dengan Plantar Fascia
  • Kencing manis senang merosakkan Plantar Facia
  • Memakai kasut yang tidak sesuai semasa senaman atau berjalan. Ia membuatkan berat badan tidak tersebar dengan sama rata di bahagian kaki.
  • Bentuk tapak kaki yang datar (flat foot), tapak kaki terlampau melengkung atau gaya berjalan yang tidak normal boleh membuatkan Plantar Fascia menjadi tegang.
  • Obesiti
  • Mengandung
Rawatan
Bila seseorang mengalami gejala seperti ini,
  1. Rehatkan kaki sebanyak mungkin. Hindarkan berdiri atau berjalan tanpa sebab. Duduk jika ada peluang. Cara ini mengurangkan beban kepada kaki dan meredakan radang kepada Plantar Fascia.
  2. Bila bangkit dari tidur, sebelum mula berjalan, tegangkan tapak kaki 15-20 saat untuk 3 atau 4 kali. Memang terasa sakit sewaktu melakukan tersebut tetapi kurang rasa sakit bila mula berjalan.
  3. Meletakkan bungkusan ais dengan kain di tempat yang sakit selama 15 hingga 20 minit untuk 3 atau 4 kali sehari atau selepas aktiviti boleh meredakan kesakitan dan radang Plantar Fascia. Boleh juga dengan menggunakan botol air dari peti sejuk.
  4. Berjogging boleh digantikan dengan berenang atau berbasikal sebagai senaman.
  5. Penyokong tapak kaki boleh digunakan di dalam kasut untuk menghindarkan Plantar Fascia menjadi tegang sewaktu berlari atau berjalan.
6.  Ubat anti-radang untuk menghilangkan sakit biasanya diberi juga oleh doktor.
7.  Jika tiada perubahan biasanya doktor pakar akan memberi suntikan di tapak kaki.
Kesan sampingan jika dibiarkan
  1. Badan dan sendi akan mengalami sakit yang berpanjangan disebabkan oleh kesan berjalan yang tidak normal kerana sakit di tapak kaki.
  2. Heel Spur (=hil spe) – mendapan kalsium di bahagian Plantar Fascia yang radang membuatkan ia menjad bonjolan tulang yang keras. 70% dari kalangan Plantar Fasciitis mengalami atau terdapat heel spur. Ia tidak menyakitkan melainkan ia tertekan ke atas Plantar Fascia.

Tuesday, 15 May 2012

kakiku kiuk

mcm nilah keadaannya kalau kaki aku sakit.. setakat ni aku ada bandage kaki sebanyak 4 psg.. senang aku nak pergi mana2 dan pakai silih berganti...

Saturday, 12 May 2012

sabtu yang letih

org lain keje 5 hari seminggu.. aku keje 6 hari.. huhuhu bukan nak dapat anugerah ke aper ker.. mmg kerja aku melambak eeeeeeeemmmm...tulah kalau nak diikutkan kerja sampai mati pun tak habis..

Wednesday, 9 May 2012

tanganku yang sakit

mcm nilah tgn aku bila sakit. bengkak, sembab, nyilu semuanya ada. aku beli semua bandage tangan, kaki, lutut, pembalut, koyok dan segalanya.....dah lama tgn kanan aku tak sakit, ni sakit balik.. mmg kene operate tapi tulah.... buat masa ni aku tak mampu...sabar jelah.....

Sunday, 6 May 2012

kesihatanku

aku rasa mmg kesihatan aku tak begitu baik..aku masih lagi mengalami ulser perot yg serius... dan juga kaki kiriku makin lama makin teruk ... nilah penyakit urat saraf yg aku alami sejak 2007... emmmm selagi aku terdaya, aku akan kuatkan semangatku ini...aku selalu mengalami krem2 di kaki kiri...tgnku jugak kadang2 krem.. tapi paling teruk ygbelah kirilah... yg kanan sesekali jer kremnya....tulah dah lah kerje pun makin lama makin banyak dan teruk.. emmmm entahlah...
yg paling bahaya ialah bila ulser perot menyerang kat tempat kerja...menangis aku dibuatnya.. nak makan pun tak lalu, cuma makan benda2 lembik jer kalau jadi...insyaallah aku akan jaga diriku sebaik mungkin...kadang2 aku sengaja tak nak bghtu parents aku yg aku tgh sakit...aku cuma berdoa semoga sakitku ini pulih tanpa sebarang pembedahan...ameennn...

Saturday, 5 May 2012

lawatan ke pos dipang kampar




ahah pertama kali aku pergi kampar.psl umah ex opismate aku banjir so.. kami semua berilah sedikit bantuan kepada keluarganya....mmg letih jugak perjalanan dgn jemnya lagi...adoiii.. 3 mei 2012...jam 8.30 pg kami bertolak dan tiba di kampar jam 1.00 tghari ..mmg paneh... dah la skg musim paneh heheh...so nilah team2 pejabat aku dan fmily fizi...teruk juga rumahnya di landa banjir.. sabar yer fizi...

Thursday, 1 March 2012

konsert di raja almarhum tunku jaafar

nilah kenangan yg paling manis buat aku. berduet dgn tan sri sm salim. masa ni tahun 2002 kot.. ada majlis hari ulangtahun keputeraan arwah tuanku canselor tunku jaafar.. so aku diringi oleh kombo rtm. aku just berlatih dgn tan sri 5 minit je. tan sri emm ok.. cukup tak payah nyanyi lagi.. dah ok heheh.. pada mlm tu liza hanim pun ada. dan semua tetamu yg dtg menjangkakan yg liza akan berduet dgn tan sri.. ehhe..so aku berduet lagu pandang2 jeling2.. masa tu bekas vc ukm datuk anwar ali dan wife pn sri evelyn sangat2 gembira..

sesudah aku buat persembahan dan disaat tunku berangkat pulang, tunku berbisik 'pandai nyanyi lagu minang'.. tunku najihah juga mengucapkan tahniah dan menciumku..rasa seronok sgt.. selain dari tu, aku juga nyanyikan lagu ayam den lapeh, bisikan hati..emmm.. rata2 tetamu yg hadir rasa amat terhibur..
mmg aku penat, tapi seronok sangat2...masa ni aku kurus lagi ehhe... maklumlah zaman mudo...

Tuesday, 28 February 2012

aku dgn adikku

nilah gambar aku masa kecik. dengan adik aku. skg dah jadi uztad ahha..tapi mmg aku tak rapat dengan dia pun..

bondaku,,,

bersama bondaku yang tercinta.. azizah md kasa,. sayang mak..

Monday, 27 February 2012

lahirnya aku...ke dunia...12 okt 1980.. kat rumah arwah nenek.. sg acheh nibong tebal, penang...

comeey tak??

nilah muka aku ms samburt besday umur 9 bulan. heehh gambar ni diambil kat bangi lama. tak silap banyak aku dapat hadiah mas tu. skg ni tak do sapo pulak nak bagi hadiah kan?? eheheheh....ms ni jugak aku dinobatkan sebagai johan baby sihat Moonlong KL. emmm masa tu femeslah kat situ.... mahal betul gambar ni eheh...kalau boleh nak jadi mcm ni balik...

geng basikal

emm sejak2 aku terjumpa balik dengan org2 bangi lama ni, makin kuat pulak rindu aku kat bangi lama. maklumlah aku dibesarkan selama 13 tahun kat situ. mana boleh aku lupa.. ramai kawan2 aku kat bangi tu. termasuk sg buah, sg merab, dan kawasan yg sewaktu dengannya..

skg ni ramai pulak geng basikal yg add aku. apa2 pun aku seronok sebab dapat tgk perkembangan diorg semua. seronok tgk diorg semua berbasikal dan happy. kalau aku ada rezeki pun, aku nak jugak beli beskal. tapi tu semua tak mungkin terjadi ehhe.. yg penting aku dpt tgk semua aktivit yg diorg lakukan. dan ramai jugak geng2 basikal dah add aku kat fb.. satu perkembangan yg baik..

dalam2 ramai2 cuma sorang saja yg buatkan connection aku begitu kuat.. emmm sapakah jejaka itu?? apapun hanya Tuhan dan aku je yg tahu. walaupun dia tak kenal aku ni sapa.. takpelah moga2 hasrat rohaniku ini akan diketahuinya. andainya aku berjodohan dengan si dia itu, gembiranya hidup aku ni. emmm.. tapi semua tu angan2 jer..aku akan cuba mendekatinya perlahan2.. apa jua tafsiran, niatku hanya satu 'KEIKHLASAN HATIKU;. moga dia mengerti perasaanku padanya.. ameeennn,,,,

Thursday, 16 February 2012

perhubunganku

mungkin orang selalu tertanya2 kenapa aku tak kawin lagi?
jawapan aku,, jodoh belum sampai.. tapi kisah aku ni boleh tahan teruknya ahah..
bila dikenangkan balik mmg teruk hehe..takpelah aku berserah, tawakkal dan berusaha..
insyallah semuanya akan terjadi.... nanti..
kalau aku minat je dengan seseorang tapi org tak tahu, haruskah aku bgthu..
kan takut aku bertepuk sebelah tangan pulak. .. hehe.. tapi kalau aku tak cuba tak tahu kan?
usaha tangga kejayaan....

anak sapa pulak gigi rongak ni eheh

emm. kenangan kat sek. bangi lama. aku pun tak tahu sejak bila aku pandai nyanyi. yg aku ingat aku dah boleh baca suratkhabar sejak umur 7 tahun.. masa ni umur baru 7 tahun 1987.. majlis perpisahan dengan cikgu2 sek. bangi. aku nyanyi lagu oh ayah, oh ibu yang andrian penyanyi indon tu... comey gak bila pakai baju kembang2 ni kan eheheh....

Thursday, 5 January 2012

bapak aku

ha nilah picture bapak aku hensem kan.. aku rapat dengan dia berbanding mak aku.. aku suka bapak aku sebab dia seorang yg sporting, tak pernah marah dan pukul aku.. love u dad.. minat dia pun sama dengan aku nyanyi.. agaknya aku ikut jejak langkah dia kot sebab tu boleh nyanyi ehheh..

masa ni gambar kat bangi lama dimana disinlah 13 tahun aku dibesarkan.. sebak dan sayu hati bila tgk umah ni balik...